Wednesday, July 21, 2010

Siapa Maher Zain ?

Ramai sudah mengenali Maher Zain. Lagu-lagu beliau semakin diterima Ummah di Malaysia, terutama salah satu lagu beliau yang sedang meletop kini berjudul "For The Rest Of My Life", yang kini sering menjadi siulan anak-anak kecil dan remaja di serata dunia, tetapi adakah kita benar-benar kenal siapa sebenarnya Maher Zain ni?

Lagu-lagu beliau yang sungguh mendayu memikat sesiapa sahaja yang mendengar. Tiap rangkap kata lagu beliau mempunyai maksud yang mungkin tersirat. Banyak ayat-ayat lagu beliau yang boleh diambil pedoman. Beliau bukan sahaja menekankan tentang Kepatuhan kepada agama, malah juga menitikberatkan kepentingan keluarga. Ni la apa yang saya dapat ambil daripada salah satu laman sesawang yang menterjemahkan ke dalam bhasa melayu...

"Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.


Itutulah serba sedikit tentang beliau, memang saya agak kagum pabila mendengar setiap lagu-lagu yang berputar di corong-corong radio mahupun YOUTUBE! hehe!. Oh ya, sebelum terlupa saya melihat ada rakan blogger yang lain menyediakan album lengkap untuk semua. Kepada semua peminat MAHER ZAIN boleh lah mendapatkan full album tersebut di SINI . Sekian dari saya. -Ban-

p/s:Lagu pilihan ketika menunggang motor kriss berwarna oren saya adalah "For the rest of My Life", sungguh bermakna.. Salam
Read More..

Tuesday, July 20, 2010

Hidup Berubah Selepas Bertemu

Pernah tak korang "accidently" terdelete sesuatu files atau ape-ape je tanpa sengaja. Kalau masuk ke dalam Recycle Bin takpe, tapi kalo dah siap delete sekali dengan recycle bin tu, memang rasa agak frust la, macam file-file keje, atau laporan bulanan yang korang bersengkang mata nak siapkan. Bagi seorang Mahasiswa/Mahasiswi pula, memang confirm dengan assignment nye. Bukan ape, saya bercakap atas dasar pengalaman, sebab pernah juga dulu terdelete, dan buat semula dari awal. Memang frust gile, mau tak mencarut-carut sambil buat keje tu semula. Kan bagus kalau time tu berzikir ke, takde nye tambah dosa, siap-siap tambah pahala lagi tu.

Sebenarnya apa nak disampaikan kat sini adalah satu pengetahuan tentang sebuah software ni. Tadi tengah duk asyik godam-godam facebook saya, then ternampak status kawan yang sedang tertekan akibat terdelete file kat tempat keje, kalau file die xpe, malangnya itu FILE BOSS!! hah, memang pucat la anda nak menjawab.


Dah-daahhhhh...


Kuning Pertiwi warna yer?.. hehe!

Ni la dia software yang ingin diwarwakan tu, memang tak pernah guna pun sebelum ni, ada jugak terbaca dekat entri kat Isuhangat.net, masa tu baca pun sambil lewa jer, sekarang baru rasa nak guna dan sedang pun guna. Memang bermanfaat la bagi saya yang selalu cuai ni. Heheh!

Ni la serba sedikit screenshot yang dapat di ambil.. HOHO!

Awal-awal sekali


Ni nak pilih category file tu



Sedang Dalam Proses Pencarian Data



Selesai lah sudah... Tinggal nak mark je file yang nak tu...



Kalau tak nampak, tekan satu-satu gambar tu.. sure terpampang besar gajah.. HEHE! tu je kot nak berkongsi serba sedikit software "recuva" ni. Memang banyak manfaat boleh dapat dari software-software sebegini. Mungkin akan datang saya akan kedepankan persepsi saya tentang software lain pula. Who knows?....... Ariosz san...
Read More..

Hari Keputeraan YDPA ke-13

Syukur masih hidup sehingga ke hari ini dengan tubuh badan yang sihat dan bertenaga. Kebetulan pada hari ini tanggal 20JUL merupakan Hari Keputeraan buat Duli Yang Amat Mulia Yang di-Pertuan Agong Malaysia iaitu Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, semoga baginda dapat terus memerintah dengan adil dan saksama tidak kira perbezaan bangsa dan agama. DAULAT TUANKU.


Baginda merupakan Sultan Terengganu sebelum menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia bermula DIS2006. Masih teringat ketika menetap di Terengganu suatu ketika dahulu, pernah bersalaman dengan baginda selepas selesai bersembahyang di Masjid KUSZA. Keakraban baginda terhadap rakyat sangat mengagumkan. Baginda seperti rakyat biasa walaupun jauh berbeza tarafnya.

Pernah saya dengar dari mulut seorang kenalan bahawa anak baginda yang ketika itu bersekolah di sekolah SULTAN SULAIMAN (kalau tak silap,Ampun TUANKU) hanya bersahaja, tiada pengiring bodyguard untuk menunjukkan kemegahan seorang anak kepada seorang Sultan pada ketika itu. Wallahualam....Sejauh mana kebenarannya, siapa tahu. Kerana cerita ini hanya disampaikan dari mulut ke mulut saja. HuHu.

Semoga Tuanku sentiasa berada dalam keaadaan sihat untuk memerintah.... Amin ya Rabbal Alamin....
Read More..

Monday, July 19, 2010

Blogspot Vs Wordpress

Wordpress atau Blogspot?. Itu lah sebenarnya yang bermain difikiran ketika ingin memulakan aktiviti berblogging. Ini kerana kedua-dua nya ada kelebihan sendiri, saya yang masih mentah dalam dunia berblogging agak payah untuk membuat pilihan. Namun, akhirnya saya mencuba kedua-dua nya. Ternyata Blogspot adalah lebih mudah berbanding wordpress untuk difahami bagi saya yang masih baru ini.

Saya Yg Hitam tu... :)

Setelah saya mendaftarkan diri ke dalam blogspot, tercari-cari juga di laman web bagi memudahkan saya menguruskan perkara-perkara berkaitan seperti chatbox, header dan templates. Agak mudah bagi saya untuk mengendalikan blogspot buat masa ini walaupun agak simple berbanding dengan "otai" blogger di luar sana, tetapi bagi saya yang masih baru sudah cukup memadai (memang masih tak berpuas hati lagi) haha. Di wordpress, terdapat perkara yang membuatkan saya agak janggal, ini kerana wordpress mempunyai domain sendiri (www.example.wordpress.com) yang membuatkan agak pelik untuk saya meletakkan username di "example" itu. Macam tak sesuai jer. Haha! (sebenarnya domain tu boleh dibuang jika ada fulus untuk beli domain tersebut)

Walaupun begitu, perkara yang boleh dibanggakan pada laman wordpress adalah Ia mempunyai bahasa ibunda iaitu bahasa melayu pada settings "language". Rasa bangga juga apabila bahasa Melayu digunakan. Hehe. Mungkin satu hari nanti saya akan beralih ke "wordpress", tapi bukan buat masa sekarang, kerana saya masih perlu banyak belajar mengenai blogging secara simple terlebih dahulu.

Pernah dengar pasal blog bernama JUSTKHAI?????
Banyak ilmu yang dapat diperolehi daripada laman JUSTKHAI yang mendapat top ten dalam senarai blog-blog di Malaysia. Harap-harap saya boleh berkarya dan berjaya seperti beliau dengan mempunyai laman yang hebat seperti JUSTKHAI. Menggunakan bahasa melayu sebagai perantaraan dan menjadi satu-satu nya blog yang berjaya mendapat tempat. Bila melihat blog pertama di Malaysia iaitu hongkiat.com, terasa cemburu di hati. Bilakah baru akan sampai ke tahap sebegitu?
Read More..

Pertamanya

Pergh, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat-Nya dapat juga saya melalui detik mendebarkan semasa mensign-up Blogspot ini. Akhirnya jatuh ke tangan Blogspot juga tulisan dan nukilan yang bakal saya ke tengahkan. Sungguh berharap dengan kehadiran saya sebagai orang baru di dunia pem-blog-an ini dapat memberikan serba sedikit manfaat di mana saya akan cuba mempersoal, menjawab dan merungkai serba sedikit isu-isu atau apa-apa saja yang menarik untuk menyatakan persepsi yang ada pada diri ini. Walaupun saya tahu ceteknya ilmu yang masih ada pada saya, ini dinamakan proses "learning", semoga saya mendapat tunjuk ajar dari kalian semua.

Memasuki dunia blogging bukan lah satu perkara yang mudah. Pelbagai perkara perlu dititikberat sebelum membuat keputusan untuk menceburkan diri ke dalam bidang ini. Sudah jelas bahawa ramai yang dipenjarakan serta di saman oleh pihak yang tidak berpuas hati akan pendapat yang diberikan oleh blogger-blogger malang tersebut(kenapa pula masuk bab ni. Haha.). Jadi, saya sangat-sangat berharap agar tiada sebarang artikel atau entri yang membuatkan pengunjung berasa kurang senang dan semoga segala yang dilakukan ini mendapat kepuasan daripada semua.
Yang Betul Sila Ambil Sebagai Panduan, dan Yang Salah, Tegurlah saya dengan penuh berhemah. Sekian kata-kata aluan sebagai aktiviti panas badan. :)
Read More..