Tuesday, July 20, 2010

Hari Keputeraan YDPA ke-13

Syukur masih hidup sehingga ke hari ini dengan tubuh badan yang sihat dan bertenaga. Kebetulan pada hari ini tanggal 20JUL merupakan Hari Keputeraan buat Duli Yang Amat Mulia Yang di-Pertuan Agong Malaysia iaitu Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, semoga baginda dapat terus memerintah dengan adil dan saksama tidak kira perbezaan bangsa dan agama. DAULAT TUANKU.


Baginda merupakan Sultan Terengganu sebelum menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia bermula DIS2006. Masih teringat ketika menetap di Terengganu suatu ketika dahulu, pernah bersalaman dengan baginda selepas selesai bersembahyang di Masjid KUSZA. Keakraban baginda terhadap rakyat sangat mengagumkan. Baginda seperti rakyat biasa walaupun jauh berbeza tarafnya.

Pernah saya dengar dari mulut seorang kenalan bahawa anak baginda yang ketika itu bersekolah di sekolah SULTAN SULAIMAN (kalau tak silap,Ampun TUANKU) hanya bersahaja, tiada pengiring bodyguard untuk menunjukkan kemegahan seorang anak kepada seorang Sultan pada ketika itu. Wallahualam....Sejauh mana kebenarannya, siapa tahu. Kerana cerita ini hanya disampaikan dari mulut ke mulut saja. HuHu.

Semoga Tuanku sentiasa berada dalam keaadaan sihat untuk memerintah.... Amin ya Rabbal Alamin....

No comments:

Post a Comment