Memasuki dunia blogging bukan lah satu perkara yang mudah. Pelbagai perkara perlu dititikberat sebelum membuat keputusan untuk menceburkan diri ke dalam bidang ini. Sudah jelas bahawa ramai yang dipenjarakan serta di saman oleh pihak yang tidak berpuas hati akan pendapat yang diberikan oleh blogger-blogger malang tersebut(kenapa pula masuk bab ni. Haha.). Jadi, saya sangat-sangat berharap agar tiada sebarang artikel atau entri yang membuatkan pengunjung berasa kurang senang dan semoga segala yang dilakukan ini mendapat kepuasan daripada semua.
Yang Betul Sila Ambil Sebagai Panduan, dan Yang Salah, Tegurlah saya dengan penuh berhemah. Sekian kata-kata aluan sebagai aktiviti panas badan. :)
No comments:
Post a Comment