Monday, July 19, 2010

Blogspot Vs Wordpress

Wordpress atau Blogspot?. Itu lah sebenarnya yang bermain difikiran ketika ingin memulakan aktiviti berblogging. Ini kerana kedua-dua nya ada kelebihan sendiri, saya yang masih mentah dalam dunia berblogging agak payah untuk membuat pilihan. Namun, akhirnya saya mencuba kedua-dua nya. Ternyata Blogspot adalah lebih mudah berbanding wordpress untuk difahami bagi saya yang masih baru ini.

Saya Yg Hitam tu... :)

Setelah saya mendaftarkan diri ke dalam blogspot, tercari-cari juga di laman web bagi memudahkan saya menguruskan perkara-perkara berkaitan seperti chatbox, header dan templates. Agak mudah bagi saya untuk mengendalikan blogspot buat masa ini walaupun agak simple berbanding dengan "otai" blogger di luar sana, tetapi bagi saya yang masih baru sudah cukup memadai (memang masih tak berpuas hati lagi) haha. Di wordpress, terdapat perkara yang membuatkan saya agak janggal, ini kerana wordpress mempunyai domain sendiri (www.example.wordpress.com) yang membuatkan agak pelik untuk saya meletakkan username di "example" itu. Macam tak sesuai jer. Haha! (sebenarnya domain tu boleh dibuang jika ada fulus untuk beli domain tersebut)

Walaupun begitu, perkara yang boleh dibanggakan pada laman wordpress adalah Ia mempunyai bahasa ibunda iaitu bahasa melayu pada settings "language". Rasa bangga juga apabila bahasa Melayu digunakan. Hehe. Mungkin satu hari nanti saya akan beralih ke "wordpress", tapi bukan buat masa sekarang, kerana saya masih perlu banyak belajar mengenai blogging secara simple terlebih dahulu.

Pernah dengar pasal blog bernama JUSTKHAI?????
Banyak ilmu yang dapat diperolehi daripada laman JUSTKHAI yang mendapat top ten dalam senarai blog-blog di Malaysia. Harap-harap saya boleh berkarya dan berjaya seperti beliau dengan mempunyai laman yang hebat seperti JUSTKHAI. Menggunakan bahasa melayu sebagai perantaraan dan menjadi satu-satu nya blog yang berjaya mendapat tempat. Bila melihat blog pertama di Malaysia iaitu hongkiat.com, terasa cemburu di hati. Bilakah baru akan sampai ke tahap sebegitu?

2 comments:

  1. justkhai..hemm..mmg idola semua org..tp tak bg sy..

    ReplyDelete
  2. Mengagumi bukan bermakna menjadi idola buat saya, tetapi sebagai motivasi untuk jadi lbih baik dari dia... :)

    ReplyDelete