Wednesday, July 21, 2010

Siapa Maher Zain ?

Ramai sudah mengenali Maher Zain. Lagu-lagu beliau semakin diterima Ummah di Malaysia, terutama salah satu lagu beliau yang sedang meletop kini berjudul "For The Rest Of My Life", yang kini sering menjadi siulan anak-anak kecil dan remaja di serata dunia, tetapi adakah kita benar-benar kenal siapa sebenarnya Maher Zain ni?

Lagu-lagu beliau yang sungguh mendayu memikat sesiapa sahaja yang mendengar. Tiap rangkap kata lagu beliau mempunyai maksud yang mungkin tersirat. Banyak ayat-ayat lagu beliau yang boleh diambil pedoman. Beliau bukan sahaja menekankan tentang Kepatuhan kepada agama, malah juga menitikberatkan kepentingan keluarga. Ni la apa yang saya dapat ambil daripada salah satu laman sesawang yang menterjemahkan ke dalam bhasa melayu...

"Sumber inspirasi pertama Maher dalam muzik datangnya dari bapanya sendiri iaitu penyanyi tempatan di bandar Mediterranean, Tripoli – Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweeden ketika dia berumur 8 tahun dan meneruskan persekolahannya dan kemudian masuk universiti sehingga dia mendapat sarjana dalam bidang Kejuruteraan Aeronautik. Disebabkan banyak perkara yang berubah di sekitarnya, satu perkara yang tetap sama ialah hasratnya yang kuat untuk muzik. Dia menghabiskan masa akhir di sekolah dengan teman-temannya di mana mereka akan bernyanyi, rap, menulis dan bereksperimentasi dalam segala hal berkaitan dengan muzik. Ketika itu dia mula menyedari yang muzik menjadi sebahagian dari dia.Setelah terlibat sekian lama dalam bidang muzik di Sweden sebagai penerbit muzik, Maher diperkenalkan oleh RedOne seorang penerbit muzik yang berbakat dan meningkat naik dalam bidang muzik di Sweden. Maher mula bekerja dengan RedOne sebagai artis dari Sweden dan kemudian pindah dengan dia ke New York. Selama beberapa tahun ia berada di tengah-tengah kesibukan kota NY, mereka bekerjasama dengan artis seperti Kat Deluna di album debutnya yang termasuk lagu yang mendapat hits seperti ‘Whine Up’ dan ‘Run the Show’.Walaupun Maher mengecapi kemasyhuran dan banyak orang menggambarkan sebagai pekerjaan mimpi bagi seseorang yang begitu muda dalam bidang ini, tetapi untuk Maher rasanya seperti ini jauh dari apa yang dia sebut ‘mimpi’, “saya mencintai muzik, tapi saya benci segala sesuatu yang dikelilingi itu, selalu merasa seperti ada sesuatu yang tidak benar “.


Itutulah serba sedikit tentang beliau, memang saya agak kagum pabila mendengar setiap lagu-lagu yang berputar di corong-corong radio mahupun YOUTUBE! hehe!. Oh ya, sebelum terlupa saya melihat ada rakan blogger yang lain menyediakan album lengkap untuk semua. Kepada semua peminat MAHER ZAIN boleh lah mendapatkan full album tersebut di SINI . Sekian dari saya. -Ban-

p/s:Lagu pilihan ketika menunggang motor kriss berwarna oren saya adalah "For the rest of My Life", sungguh bermakna.. Salam

2 comments:

  1. lgu2..maher zain mmg fatin minat...byk yg bgi smgt...lirik die..pun btul2 bermakna...

    fatinmmj

    ReplyDelete
  2. kalau betul2 hayati open your eyes,boleh menangis jadinya.sangat tersentuh

    ReplyDelete